Showing posts with label k e n a n g a n. Show all posts
Showing posts with label k e n a n g a n. Show all posts

Thursday, February 28, 2013

hari ini

 
salam khamis
hari ini hari bermakna bagi i
sebab ini
 
 
 
2 bulan lagi
bye VS
 


Monday, December 31, 2012

bye 2012 hye 2013

 
salam 2012
beberapa jam saja lagi 2013 akan tiba
esok dah boleh guna diari baru dan campak saja diari lama
buang semua kenangan especially yang pahit jauh jauh
 
sepanjang 2012
pelbagai aktiviti yang i dah buat
pelbagai kisah cintai i dah lalui
pelbagai kisah yang berlaku sehingga hari ini  
pelbagai perkara dah berlaku pada keluarga
pelbagai kenangan yang i dapat
pelbagai peristiwa berlaku berkaitan kerja
pelbagai lagu yang i suka
pelbagai makanan yang i makan
pelbagai masakkan yang i dah masak
pelbagai mimpi yang i dapat
pelbagai cpuv yang i dapat dari nuffnang
pelbagai perasaan yang i rasai
pelbagai produk yang i try
bye 2012
 
welcome 2013
i dah nak kahwin
suka ❤
 


Wednesday, December 19, 2012

duit terbang melayang layang

 
salam rabu
oh tensionnya i hari ini
roadtax insurance nak mati
tayar kereta nak kena tukar
 semalam baru saja service alzatron

hampir 2 tahun umur dia
47300km dah berjalan
banyak berjasa
macam macam kenangan kami bersama

oh alzatron
 jangan wat hal yer

bye
 


Monday, December 10, 2012

my perfect morning

 
salam isnin
wah cepatnya masa berlalu kan
 
minggu lepas i agak busy
tapi busy busy pun sempat jugak la join contest
 
 
dah lama tak makan nestum
tapi nasik lemak lebih sedap
 
 
contest submit & win
kalau menang boleh la joli sakan
hehehe
 
 
 
ini i punya
tapi tak match dengan tema
lantak la kan janji comel :)

bye
  


Monday, November 26, 2012

ada ke patut?



salam malam ahad 
i baru balik dari jumpa seseorang 
i ingatkan nak cakap pasal kerja 
then i pergi la jumpa beliau kat kedai depan rumah i 

setelah berborak selama 5 minit 
then beliau bagi tau hajat sebenar nak jumpa i 
beliau nak pinjam rm500 daripada i
ada ke patut?
baru saja kenal dah nak pinjam duit
oh tak kan la i nak bagi

ini rm500
lama tuh i menabung

i just jawab i tak ada duit
baru saja shopping barang kahwin dan simpan pada en tunang

tak sabarnya nak pindah selangor semula
nak duduk dekat dengan en tunang
duduk johor macam dah tak selamat saja
T___T

bye :(


Friday, November 9, 2012

happy birthday to me

 
 
happy birthday to cikmar
 
 dapat hadiah awal
 
 
tadaa i dapat mug
 
ikhlas dari majikanmu
 
walaupun birthday i 2 minggu lagi
tapi dapat hadiah awal
hehe
 
sekian, bye
 
 

Tuesday, September 18, 2012

lewat lagi aduhai

 
 
 
lewat lewat lewat
memang muka i muka lewat
semenjak dua menjak pakai pelembap cap tutttt
setiap masa slow
grr hari ini i lewat 1 minit
dem
 
hari ini i tertinggal phone no maxis
sampai saja office i terus call sarjan dzul
i terus bagitau untuk contact i guna no celcom
i bagitau sekali yang suspek dah balik
dan sedang beradu di kamar aka kawasan kejadian
 
malam tadi dalam pukul 11.30 pm
sarjan dzul call i suruh i bawak kak sal datang ipd kulai untuk siasatan
i inform pada kal sal pasal hal ini
boleh dengan slumber dia jawap tak nak
dengan alasan dah lewat malam
prinsip hidup dia anak dara tak leh keluar lewat malam
aduhai aptb!
 
so hari ini polis akan datang ke klinik kal sal kerja
dan polis akan jemput kak sal
wah special!!
alasan sebab kak sal tak ada transport
ok!
 
tiba tiba terfikir kalau lah bukan suspek yang curi
tapi memang hilang tak tahu misplaced atau
toyol ke apa ke yang curi
macam mana eh?
 
pening pening pening
bye
 
 


Monday, September 17, 2012

my first time



ok hari ni i bangun lewat 
sebab malam tadi tidur lewat 
dan nak tunggu mimpikan si pencuri 
tapi tak muncul muncul pun 
dah bosan menunggu i pun bangun 

tiba tiba i dapat idea nak buat police report 
then i call en tunang 
nak tanya pendapatan beliau 

i : abang, kalau sayang nak buat report polis ok tak? 
en tunang : tak payah la benda dah hilang nak buat macam mana 
i : ok (dalam hati : cissssskek!) 

then i call kak sal, housemate aka akak bilik depan 
i bagitau dia i nak g balai nak buat report 
dia dengan pantas bersetuju if i pergi buat report 

lepas siap masak and makan tadi dalam kol 2.15 pm 
i dengan beraninya pergi la balai polis kulai 
i takut takut berani je sebenarnya 
ini pengalaman pertama i buat police report 

sampai balai polis i disambut baik oleh kakitangan polis di sana 
ok tipu jer siapa la i kalau dorang nak sambut pun 
i jalan menuju ke kaunter untuk buat report 
i aim polis perempuan senang sikit nak cerita hal wanita 

muka akak polis nampak je garang tapi baik hati 
lepas akak polis siap tulis laporan, i check and sign  
akak polis terus call pegawai bertugas kat ipd kulai 
i diminta ke ipd kulai untuk berjumpa pegawai bertugas 

dalam pukul 3.00 pm i sampai ipd terus ke bilik sarjan dzul 
polis polis ni tak ada la garang mana 
baik saja i je yang takut dengan polis 

selepas sarjan dzul soal siasat dan ambil keterangan dari i 
beliau cuba call suspek 
tapi suspek tak angkat call 
tidur agaknya 

dalam pukul 4.30 pm sarjan dzul and i ke rumah i 
beliau nak buat siasatan kat rumah pulak 
beliau snap beberapa gambar dalam bilik dan rumah i 
rumah agak semak tetapi terkawal 

i dah bagi no phone and no ic suspek 
sarjan dzul cakap kes i ni susah jugak 
sebab i tak ada bukti 
i syak saja 
apapun suspek akan dipanggil ke balai untuk siasatan 

masa borak borak dengan sarjan dzul kat luar umah 
beliau offer i duduk rumah gf beliau 
apekah? no comment 
dalam setengah jam berborak 
sarjan dzul balik semula ke balai 

lepas selesai semuanya i call en tunang 
i : abang dah selesai nak dengar cerita tak 
en tunang : abang tengah tidur ni...zzz cerita la 
i : ok dengar jangan tidur lagi 
en tunang : erm 
i : bla bla bla......(180 patah perkataan)
en tunang : kroh kroh kroh 
i : tak apa ke sayang buat polis report and syak macam tuh 
en tunang : dah buat kan nak buat macam mana 
i : ok (dalam hati : cissssskek!) 

harap harap ade la rezeki i nak dapat semula rantai yang hilang tuh 
amin...


can't sleep can't dream tonight



Salam 1 Malaysia 
Selamat Hari Malaysia ke-49


ok, i bukan tak leh tidur sebab sambut hari malaysia 
tapi 
T_T 
rantai emas i hilang 
emas 916 tau!

tadi dalam pukul 9.00 malam waktu malaysia 
tiba tiba i perasan bekas rantai ada kat dalam handbag i 
i rasa i tak letak pun bekas rantai dalam handbag 
something smell fishy kat situ

sebenarnya rantai tuh dah putus 
so i memang simpan je la
nak suruh en tunang trade in buat hantaran kahwin 
kat dalam bekas rantai ade tiga item
1. rantai 
2. buah rantai huruf M 
3. serpihan cangkuk rantai yang terputus

ok sambung cerita 
sebelum ni i akan letak bekas rantai kat dalam box baju 
dah hilang boleh la bagitau letak mana
kalau i keluarkan i mungkin akan letak kat atas penutup box baju tuh 
tapi kalau i letak atas penutup pun susah untuk orang lain nampak 
sebab box baju agak tersorok kat bawah ampaian baju 
i dah selongkar kat kawasan i 
kat tilam kat box baju 
xjumpa 
sah!!!

yang peliknya 
rantai dengan serpihan cangkuk yang hilang 
kenapa la si pencuri tak ambil buah rantai sekali 
adakah mungkin nama si pencuri bukan bermula dengan huruf M? 
ataupun dia tak ada rantai tapi ada buah rantai? 
ataupun buah rantai i agak oldschool? 
ataupun si pencuri kesian kat i kalau dia curi semua? 
dem u pencuri!!!

teringat pulak pesanan abang i hari tuh 
dia pesan jaga elok elok kad bank, credit kad dan handbag
dia suruh i beware dengan orang orang di sekeliling 
especially budak bilik or rumah 
untuk pengetahuan semua i baru saja tinggal di sebuah taman perumahan di kulai 
nama taman ni sama dengan satu tempat di kuala lumpur 
tettt... rahsia tak boleh bagitau 
nanti barang lain pulak hilang :p 

en tunang dah tau pasal ni 
dia just cakap tak apa la 
tak ada rezeki 
lain kali simpan elok elok dan jangan merata 
macam tuh saja 
bajet cool la tuh 
ingat kan mengadu wat ayat sedih sedih dia nak pujuk 
cakap nak beli rantai lebih tebal ke
beli rantai berlian ke apa ke 
erm tak ada maknanya 

i dah cerita kat housemate i 
dia pun tak sangka boleh berlaku lagi perkara hilang hilang ni 
jeng jeng jeng 
dia memang dah pesan kat i jaga barang especially laptop 
jangan biar kat bilik je
dia pun dah tolong dapat kan doa untuk hilang barang 
dia suruh i baca 
mujarab katanya, InsyaAllah 
ini doanya 

 maksudnya; wahai Tuhan yang menghimpunkan manusia 
di hari yang tidak ada ragu ragu lagi padanya, 
himpunkan lah aku dengan barangku yang hilang itu 
amiiiinnn... 

i harap sangat i boleh dapat semula rantai tuh 
i dah amalkan baca doa ni 
semoga ada la rezeki i dengan rantai tuh 
InsyaAllah
lapan gram tuh aduhai 

i tak suka nak tuduh tuduh
yang duduk dalam rumah ni bertiga je
so suspek memang i dah kenal pasti
nak cakap i salah letak or tercicir macam tak logik plak


hey si pencuri! 
baik kau pulangkan semula rantai aku 
kalau tak...... 

Astaghfirullah hal azim 
sabar cik mar 
serahkan pada Allah 
doa banyak banyak 
ada rezeki ada la 

sebagai pengajaran 
1. jangan mudah percaya kat orang lain terutama yang baru kenal 
2. simpan barang berharga di tempat yang selamat 
3. jangan pakai barang kemas, pakai la silver 

sekian 

i nak paksa tido 
bye



Saturday, August 28, 2010

boikot wah chan


2 minggu lepas 
i pergi giant senawang
niat nak bayar bil air kat pejabat pos
lepas bayar bil tuh
lalu la kedai wah chan 
teringin pulak nak usha cincin nak trade in yang lama ni

dekat 1 jam i kat situ 
last-last berkenan la kat 1 cincin ni 
i bagi cincin lama i kat pekerja wah chan tuh 
suruh dia timbang dan kira berapa lagi nak tambah 
boleh pulak dia cakap nak ambil cincin i tuh RM112 
means dia dah tolak berat cincin i hampir 0.34g dan tolak 18% 
wtf la 

harga emas 916 semasa RM137/gram 
cincin lama = 1.34g
harga sepatutnya = (1.34*137)-18% = RM150 
haish 
menyesal kemudian tidak berguna T_T

yang peliknya i boleh nak jugak cincin tuh 
walaupun upahnya agak mahal

i dah tanya kat ramai orang 
memang wah chan ni suka suki turunkan berat emas 
memang i sudah kena bang 
lepas ni i tak nak beli kat wah chan lagi


i dah boikot wah chan

sorry la wah chan
i just tell the truth 


Wednesday, August 18, 2010

i'll be missing u



 bye jjd 
2007 - 2010 
T_T


Monday, August 16, 2010

rfc mai seketoi

ok la 
boikot israel 

rfc kluang 
mai p lagi 

training exel intermediate + advance


location : amcorp mall, petaling jaya 
date : 9 - 10th august 2010 
time : 10.00 am - 5.00 pm 
feeling : bored 











Wednesday, July 21, 2010

ingat lagi tak?


korang ingat lagi tak video-video ni 
zaman-zaman i dajah satu dulu
video ni keluar kat tv
pasal kisah dan teladan 

Hikayat Sang Gagak yang Bijak



Hikayat Sang Arnab dan Kura-kura



Hikayat Sang Kancil dan Monyet



Hikayat Sang Kancil dan Buaya

Tuesday, July 20, 2010

surat cinta daripada google


i dapat surat cinta daripada google 

ni bukti tau 

see...google kan 

haha 
google bagi no pin adsense 

Friday, July 2, 2010

memories of jeram besu

whksb adalah company tempat i cari makan
tahun ni wh ada buat camp team building
kat jeram besu, raub pahang
pada 21-23hb may lalu
3hari 2malam
i bertolah dalam pukul 1100 am
tiba dalam pukul erm...
em
e
m
ha
pukul 0130 pm
post kali ini sangat panjang
i nak upload banyak gambar
anak cucu i boleh tengok nanti
muka2 comel i
:)
at petronas station

with kak nas, my housemate

Jeram Besu, Countryview Recreation Park

introduce myself
sempat lagi posing

aktiviti berkumpulan
main card

pening kepala i
macam buat assignment

closed up pic budak comel
memang comel

pic i, candid by paparazzi

bukti kedua

makan gula-gula

buat-buat tekun

we are gigantic
kecikecikecikeci

bukti ketiga
time ni bergayut dengan Lt

 
itu i

 
barisan judges terjun
budget pro

 
posing sokmo la
pantang nampak dslr budak kecik

aaaaaaaaaa
macam tarzan daa

kelakarnya
tapi comel

i berani-berani takut jer ni

jelingan penat dan lapar
i pakai cincin
means i'm not available

cak

bukti lagi
paparazzi di mana-mana

smsing 24/7

peace
no war

kat lata jarum
syok sendiri sangat

paparazzi punya kerja
pic gigil pun dia snap
haish

tired

kami yang hot
paparazzi jahat
i tengah bertafakur time ni

sorry tak larat nak senyum

i dah buat-buat comel
abang bulat spoil la

kurusnya i
macam puasa setahun

posing sebelum i tidur

kami peserta program


miss all this moment

bye