Monday, September 17, 2012

my first time



ok hari ni i bangun lewat 
sebab malam tadi tidur lewat 
dan nak tunggu mimpikan si pencuri 
tapi tak muncul muncul pun 
dah bosan menunggu i pun bangun 

tiba tiba i dapat idea nak buat police report 
then i call en tunang 
nak tanya pendapatan beliau 

i : abang, kalau sayang nak buat report polis ok tak? 
en tunang : tak payah la benda dah hilang nak buat macam mana 
i : ok (dalam hati : cissssskek!) 

then i call kak sal, housemate aka akak bilik depan 
i bagitau dia i nak g balai nak buat report 
dia dengan pantas bersetuju if i pergi buat report 

lepas siap masak and makan tadi dalam kol 2.15 pm 
i dengan beraninya pergi la balai polis kulai 
i takut takut berani je sebenarnya 
ini pengalaman pertama i buat police report 

sampai balai polis i disambut baik oleh kakitangan polis di sana 
ok tipu jer siapa la i kalau dorang nak sambut pun 
i jalan menuju ke kaunter untuk buat report 
i aim polis perempuan senang sikit nak cerita hal wanita 

muka akak polis nampak je garang tapi baik hati 
lepas akak polis siap tulis laporan, i check and sign  
akak polis terus call pegawai bertugas kat ipd kulai 
i diminta ke ipd kulai untuk berjumpa pegawai bertugas 

dalam pukul 3.00 pm i sampai ipd terus ke bilik sarjan dzul 
polis polis ni tak ada la garang mana 
baik saja i je yang takut dengan polis 

selepas sarjan dzul soal siasat dan ambil keterangan dari i 
beliau cuba call suspek 
tapi suspek tak angkat call 
tidur agaknya 

dalam pukul 4.30 pm sarjan dzul and i ke rumah i 
beliau nak buat siasatan kat rumah pulak 
beliau snap beberapa gambar dalam bilik dan rumah i 
rumah agak semak tetapi terkawal 

i dah bagi no phone and no ic suspek 
sarjan dzul cakap kes i ni susah jugak 
sebab i tak ada bukti 
i syak saja 
apapun suspek akan dipanggil ke balai untuk siasatan 

masa borak borak dengan sarjan dzul kat luar umah 
beliau offer i duduk rumah gf beliau 
apekah? no comment 
dalam setengah jam berborak 
sarjan dzul balik semula ke balai 

lepas selesai semuanya i call en tunang 
i : abang dah selesai nak dengar cerita tak 
en tunang : abang tengah tidur ni...zzz cerita la 
i : ok dengar jangan tidur lagi 
en tunang : erm 
i : bla bla bla......(180 patah perkataan)
en tunang : kroh kroh kroh 
i : tak apa ke sayang buat polis report and syak macam tuh 
en tunang : dah buat kan nak buat macam mana 
i : ok (dalam hati : cissssskek!) 

harap harap ade la rezeki i nak dapat semula rantai yang hilang tuh 
amin...


No comments:

Post a Comment