Thursday, September 27, 2012

i miss him

 
 
rindunya kat mamat nih
 
 
rasa nak smackdown je dia
om nom nom

 


Wednesday, September 26, 2012

i like to move it move it

 
 
dalam tahun 2012 ni saja
sudah 2 kali i pindah randah
first dari subang jaya ke pasir gudang
second dari pasir berdengung gudang ke kulai
lepas ni kalau diizinkan Allah
i pindah lagi
pindah rumah saja
still area kulai lagi
alhamdulillah deposit rumah baru dah dibayar semalam
start minggu depan dah duduk rumah baru 
 
asyik pindah randah saja
macam lari daripada along pulak kan
hehe
 
bye nak balik dah :)
 


Tuesday, September 25, 2012

nuffnang cashout rejection


Dear MARZIDAH ABDUL AZIZ,

Your cashout request of RM 89.75 has been rejected and the earnings have been credited back into your account.

For queries or clarifications please write to our Helpdesk at http://www.nuffnang.com.my/helpdesk.Thank you.

[This is a computer generated email, please do not reply] 

 
oh bencinya
dah 2x reject
:(
 
bye
 
 


Monday, September 24, 2012

yuhuu parcel parcel

 
 
first parcel dari http://rempah2u.blogspot.com/
RM 7.00 sahaja
 
lambang mak pon pon
 
tak perlu tumis tambah air saja
 
second parcel
 
dari lazada
tak sangka boleh deliver awal
syukur alhamdulillah
 
set cutlery yang i order hari tuh
 
dapat surat cinta lagi tuh
 
ini kupon free
 
siapa nak angkat tangan
 
sekian
bye
 
 


Saturday, September 22, 2012

sabar lah wahai cik mar



lokasi : Marrybrown Kulai
aktiviti : habiskan bogheh Mb edisi lari dari rumah
ngek!



gambar ni wallpaper saja 
tak ada kuasa nak berparty time jiwa kacau ni 
i lepak makan sambil ber-wifi free kat sini


see sedih kan
pandai i buat muka sepuluh sen
benci betul eye bag tak hilang hilang


meal untuk lunch hari ni
jadi la perut i tak besar mana



suapan pertama
tak fokus langsung pada makanan
mata meng-ushar jejaka jejaka kacak di Mb


selepas beberapa suap i stop kejap
check email, blog dan facebook
dan tadaa..


lepas ni boleh la check in kat hospital
:)


last post sambil habiskan nasi Mb
dan sambil layan blog fatin liyana
http://honeykoyuki.blogspot.com/ 
nak lepak kat Mb sampai pukul 3.30 pm saja
lepas ni nak pergi masjid
then pergi car wash mandikan alzatron
lepas tuh nak pergi jalan jalan cari pasal
lepas tuh dalam pukul 6.30 pm boleh balik rumah
roommate dah pergi kerja

bye

Friday, September 21, 2012

sms daripada ex general manager

 
 
hari ini i dapat sms daripada ex gm
sms gembira dan lega
sorry i tak boleh balas sms beliau
sebab nombor celcom hanya untuk orang tertentu saja
 
i masih ingat lagi u perli
masa farewell party i dulu
kenapa i tak menangis langsung time speech
 
so u dah faham kan sekarang
kepada ex gm
good luck for your future
 
bye pasir gudang
tiba tiba
 
 

lazada oh lazada

 
 
semalam i online shoping kat lazada.com
dalam banyak banyak produk i boleh berkenan benda alah ini
 
 
maybe sebab murah kot
i dah compare harga ini dengan tesco dan econsave
memang murah
cuma nak kena tunggu barang sampai saja la
 
ini bukti pembelian
 
selepas selesai semuanya i pun berangan nak pakai sudu baru
sengal dan tak ada kerja
sambil sambil tak ada kerja tuh i google pasal lazada ni
nak jugak tahu ok ke tak
walaupun i dah beli cutlery set tuh
 
 
lepas taip lazada saja ada result lazada tipu
i dah mula cuak
i dah baca pengalaman blogger blogger lain
yang dah pernah shopping kat lazada ni
delivery memang lambat
and kadang kadang out of stock
 
hari baru hari kedua
1hb oktober kalau barang i tak sampai
i akan call customer service
 
bye
 
 


Tuesday, September 18, 2012

lewat lagi aduhai

 
 
 
lewat lewat lewat
memang muka i muka lewat
semenjak dua menjak pakai pelembap cap tutttt
setiap masa slow
grr hari ini i lewat 1 minit
dem
 
hari ini i tertinggal phone no maxis
sampai saja office i terus call sarjan dzul
i terus bagitau untuk contact i guna no celcom
i bagitau sekali yang suspek dah balik
dan sedang beradu di kamar aka kawasan kejadian
 
malam tadi dalam pukul 11.30 pm
sarjan dzul call i suruh i bawak kak sal datang ipd kulai untuk siasatan
i inform pada kal sal pasal hal ini
boleh dengan slumber dia jawap tak nak
dengan alasan dah lewat malam
prinsip hidup dia anak dara tak leh keluar lewat malam
aduhai aptb!
 
so hari ini polis akan datang ke klinik kal sal kerja
dan polis akan jemput kak sal
wah special!!
alasan sebab kak sal tak ada transport
ok!
 
tiba tiba terfikir kalau lah bukan suspek yang curi
tapi memang hilang tak tahu misplaced atau
toyol ke apa ke yang curi
macam mana eh?
 
pening pening pening
bye
 
 


Monday, September 17, 2012

my first time



ok hari ni i bangun lewat 
sebab malam tadi tidur lewat 
dan nak tunggu mimpikan si pencuri 
tapi tak muncul muncul pun 
dah bosan menunggu i pun bangun 

tiba tiba i dapat idea nak buat police report 
then i call en tunang 
nak tanya pendapatan beliau 

i : abang, kalau sayang nak buat report polis ok tak? 
en tunang : tak payah la benda dah hilang nak buat macam mana 
i : ok (dalam hati : cissssskek!) 

then i call kak sal, housemate aka akak bilik depan 
i bagitau dia i nak g balai nak buat report 
dia dengan pantas bersetuju if i pergi buat report 

lepas siap masak and makan tadi dalam kol 2.15 pm 
i dengan beraninya pergi la balai polis kulai 
i takut takut berani je sebenarnya 
ini pengalaman pertama i buat police report 

sampai balai polis i disambut baik oleh kakitangan polis di sana 
ok tipu jer siapa la i kalau dorang nak sambut pun 
i jalan menuju ke kaunter untuk buat report 
i aim polis perempuan senang sikit nak cerita hal wanita 

muka akak polis nampak je garang tapi baik hati 
lepas akak polis siap tulis laporan, i check and sign  
akak polis terus call pegawai bertugas kat ipd kulai 
i diminta ke ipd kulai untuk berjumpa pegawai bertugas 

dalam pukul 3.00 pm i sampai ipd terus ke bilik sarjan dzul 
polis polis ni tak ada la garang mana 
baik saja i je yang takut dengan polis 

selepas sarjan dzul soal siasat dan ambil keterangan dari i 
beliau cuba call suspek 
tapi suspek tak angkat call 
tidur agaknya 

dalam pukul 4.30 pm sarjan dzul and i ke rumah i 
beliau nak buat siasatan kat rumah pulak 
beliau snap beberapa gambar dalam bilik dan rumah i 
rumah agak semak tetapi terkawal 

i dah bagi no phone and no ic suspek 
sarjan dzul cakap kes i ni susah jugak 
sebab i tak ada bukti 
i syak saja 
apapun suspek akan dipanggil ke balai untuk siasatan 

masa borak borak dengan sarjan dzul kat luar umah 
beliau offer i duduk rumah gf beliau 
apekah? no comment 
dalam setengah jam berborak 
sarjan dzul balik semula ke balai 

lepas selesai semuanya i call en tunang 
i : abang dah selesai nak dengar cerita tak 
en tunang : abang tengah tidur ni...zzz cerita la 
i : ok dengar jangan tidur lagi 
en tunang : erm 
i : bla bla bla......(180 patah perkataan)
en tunang : kroh kroh kroh 
i : tak apa ke sayang buat polis report and syak macam tuh 
en tunang : dah buat kan nak buat macam mana 
i : ok (dalam hati : cissssskek!) 

harap harap ade la rezeki i nak dapat semula rantai yang hilang tuh 
amin...


can't sleep can't dream tonight



Salam 1 Malaysia 
Selamat Hari Malaysia ke-49


ok, i bukan tak leh tidur sebab sambut hari malaysia 
tapi 
T_T 
rantai emas i hilang 
emas 916 tau!

tadi dalam pukul 9.00 malam waktu malaysia 
tiba tiba i perasan bekas rantai ada kat dalam handbag i 
i rasa i tak letak pun bekas rantai dalam handbag 
something smell fishy kat situ

sebenarnya rantai tuh dah putus 
so i memang simpan je la
nak suruh en tunang trade in buat hantaran kahwin 
kat dalam bekas rantai ade tiga item
1. rantai 
2. buah rantai huruf M 
3. serpihan cangkuk rantai yang terputus

ok sambung cerita 
sebelum ni i akan letak bekas rantai kat dalam box baju 
dah hilang boleh la bagitau letak mana
kalau i keluarkan i mungkin akan letak kat atas penutup box baju tuh 
tapi kalau i letak atas penutup pun susah untuk orang lain nampak 
sebab box baju agak tersorok kat bawah ampaian baju 
i dah selongkar kat kawasan i 
kat tilam kat box baju 
xjumpa 
sah!!!

yang peliknya 
rantai dengan serpihan cangkuk yang hilang 
kenapa la si pencuri tak ambil buah rantai sekali 
adakah mungkin nama si pencuri bukan bermula dengan huruf M? 
ataupun dia tak ada rantai tapi ada buah rantai? 
ataupun buah rantai i agak oldschool? 
ataupun si pencuri kesian kat i kalau dia curi semua? 
dem u pencuri!!!

teringat pulak pesanan abang i hari tuh 
dia pesan jaga elok elok kad bank, credit kad dan handbag
dia suruh i beware dengan orang orang di sekeliling 
especially budak bilik or rumah 
untuk pengetahuan semua i baru saja tinggal di sebuah taman perumahan di kulai 
nama taman ni sama dengan satu tempat di kuala lumpur 
tettt... rahsia tak boleh bagitau 
nanti barang lain pulak hilang :p 

en tunang dah tau pasal ni 
dia just cakap tak apa la 
tak ada rezeki 
lain kali simpan elok elok dan jangan merata 
macam tuh saja 
bajet cool la tuh 
ingat kan mengadu wat ayat sedih sedih dia nak pujuk 
cakap nak beli rantai lebih tebal ke
beli rantai berlian ke apa ke 
erm tak ada maknanya 

i dah cerita kat housemate i 
dia pun tak sangka boleh berlaku lagi perkara hilang hilang ni 
jeng jeng jeng 
dia memang dah pesan kat i jaga barang especially laptop 
jangan biar kat bilik je
dia pun dah tolong dapat kan doa untuk hilang barang 
dia suruh i baca 
mujarab katanya, InsyaAllah 
ini doanya 

 maksudnya; wahai Tuhan yang menghimpunkan manusia 
di hari yang tidak ada ragu ragu lagi padanya, 
himpunkan lah aku dengan barangku yang hilang itu 
amiiiinnn... 

i harap sangat i boleh dapat semula rantai tuh 
i dah amalkan baca doa ni 
semoga ada la rezeki i dengan rantai tuh 
InsyaAllah
lapan gram tuh aduhai 

i tak suka nak tuduh tuduh
yang duduk dalam rumah ni bertiga je
so suspek memang i dah kenal pasti
nak cakap i salah letak or tercicir macam tak logik plak


hey si pencuri! 
baik kau pulangkan semula rantai aku 
kalau tak...... 

Astaghfirullah hal azim 
sabar cik mar 
serahkan pada Allah 
doa banyak banyak 
ada rezeki ada la 

sebagai pengajaran 
1. jangan mudah percaya kat orang lain terutama yang baru kenal 
2. simpan barang berharga di tempat yang selamat 
3. jangan pakai barang kemas, pakai la silver 

sekian 

i nak paksa tido 
bye